HAL INI SEBENARNYA DILARANG KETIKA MENJELANG SOLAT MAGHRIB, NAMUN SERING DILANGGAR OLEH UMMAT MUSLIM…
Apabila Maghrib tiba, rata-rata penduduk Indonesia terutama dipelosok-pelosok yang penduduknya Muslim segera bergegas meninggalkan pekerjaannya dan akan pulang ke rumah sambil menutup rumah dan bersiap ke Masjid untuk solat jamaah. Ternyata larangan tidak boleh merayau masa akan tiba waktu Maghrib sudah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam Hadis.
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada di sore hari, maka tahanlah anak-anak kalian, kerana sesungguhnya ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka lepaskan mereka. Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian dan berdzikirlah kepada Allah, walaupun dengan sekadar meletakkan sesuatu di atasnya, matikanlah lampu-lampu kalian! ” (HR. Bukhari dan Muslim).
Dari Jabir radhiallahu anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Jangan lepas haiwan ternak kalian dan anak-anak kalian apabila matahari terbenam hingga berlalunya awal waktu Isya. Kerana syaitan bertebaran jika matahari terbenam hingga berlalunya awal waktu Isya.” (HR. Muslim).
Dari Jabir radhiallahu anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Jangan kalian membiarkan anak anak kalian di saat matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam sebab setan berpecah jika matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam.” (Sahih Muslim).
Di dalam sebuah buku ilmiah kategori agama yang dikarang oleh Prof. DR. Ir. H. Osly Rachman, MS dengan judul The Science Of Solat menjelaskan. Menjelang tiba waktunya memasuki solat Maghrib, suasana alam akan berubah menjadi berwarna kemerah-merahan bahkan berwarna merah.
Didalam buku tersebut juga dipaparkan, perubahan warna merah pada saat menjelang Maghrib selaras dengan kekerapan Jin. Apabila waktu tersebut, tenaga Jin akan bertambah kerana mempunyai resonansi yang sama dengan alam.
Didalam hadis Rasulullah SAW juga sudah dijelaskan, saat Magrib Jin sudah bergegas untuk keliaran. Pastinya mereka mencari manusia-manusia untuk digoda dan hujung-hujungnya beberapa manusia terjerumus meninggalkan perintah Allah SWT. Naudzubillah …
Wallahua’lam …
Comments
Post a Comment