SAYA PUN TIDAK TAHU APA MOTIF DIORANG SELEPAS AZAN BERKEMANDANG DIORANG BUAT TARIAN SEPARUH BOGEL

Tular baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh Akbar Saharie, seorang pengulas sukan disalah sebuah rangkaian televisyen tempatan melalui akaun Instagram miliknya kesal apabila seruan azan diperdengarkan sebagai intro persembahan separuh bogel di Australia. Tidak pasti motif sebenar gimik azan tersebut digunakan, Akbar berasa terkilan dengan pihak pengurusan majlis berkenaan kerana mengambil kesempatan dengan menggunakan laungan azan yang didengarkan separuh itu untuk kepentingan mereka sendiri. Sebagai seorang muslim, Akbar meluahkan rasa terkilan walaupun diawalnya beliau kagum kerana azan dilaungkan di tengah-tengah pekan kecil di Broadbeach, Australia. Perasaan itu bertukar sebaik sahaja menyedari bahawa ia dijadikan sebagai intro pembuka persembahan tarian 5 lelaki separuh bogel di atas pentas tersebut. Kesal dengan apa yang berlaku, Akbar berharap kerajaan tempatan mengambil hal ini secara serius kerana Azan bukanlah sebahagian daripada bahan hiburan, ia adalah seruan ...